
Skizofrenia (Schizophrenia) merupakan penyakit mental yang menyebabkan
perubahan dalam persepsi, fikiran dan perilaku. Istilah skizofrenia berasal dari bahasa Yunani iaitu schizein dan phren. Schizen ertinya
untuk memecah, manakala phren ertinya fikiran.

Skizofrenia
merupakan penyakit otak yang timbul akibat ketidakseimbangan dopamine iaitu salah satu sel kimia
dalam otak. Ia adalah gangguan jiwa psikotik paling lazim dengan ciri hilangnya
perasaan afektif atau gerak balas emosi dan menarik diri dari sosial yang normal.
No comments:
Post a Comment