tabs

 photo HHHM-1.png photo POLLKK-1.png photo LPOKJJN-2.png

Tuesday, 3 December 2013

GEJALA-GEJALA SKIZOFRENIA

Punca penyakit skizofrenia ini sebenarnya belum dapat difahami dengan sepenuhnya.

Namun begitu, terdapat beberapa gejala atau simptom yang dapat dilihat pada penghidapnya dan ia adalah berbeza bagi setiap individu.

Antaranya ialah:
  • ü  Kepercayaan dan tanggapan yang salah, tidak benar atau logik.
  • ü  Khayalan atau halusinasi seperti mendengar atau melihat sesuatu yang tidak didengar atau dilihat oleh orang lain.
  • ü  Pemikiran yang bercelaru dan tidak menentu, menyebabkan percakapan  sukar difahami.
  • ü  Kurang daya usaha dan motivasi.
  • ü  Menafikan bahawa mereka sebenarnya sakit.

 
Simptom-simptom ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu simptom positif dan simptom negatif.

Simptom yang positif adalah simptom yang tidak biasanya dialami oleh individu namun ada pada mereka yang mengalami skizofrenia ini. Ia termasuklah delusi (delusions), pemikiran dan percakapan yang tidak teratur (disordered thoughts and speech), halusinasi dan lain-lain. Halusinasi juga berkait dengan delusi. Positif simptom umumnya memerlukan perubatan.


Manakala simptom yang negatif adalah lebih kepada kualiti hidup yang rendah, ketidakupayaan fungsi, dan bebanan pada yang lain. mereka yang menunjukkan simptom yang lebih negatif biasanya memiliki sejarah perawatan yang buruk sebelum diserang penyakit.